Header Pati Delima

Header Pati Delima

Kebaikan Khasiat Delima Erarose yang perlu anda tahu

Delima telah terbukti antara buah yang di sebut 3 kali dalam Al Quran, merupakan makanan sunnah yang mempunyai khasiat yang boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit. 



Delima Erarose diperbuat daripada Delima Segar, berkualiti dan mempunyai sijil halal . Dengan slogan kami iaitu " Not Same As Others" memberi satu rasa yang berlainan untuk produk jus Pati Delima kami. 

Jus Delima Erarose adalah sumber yang kaya dengan kandungan ' Phytochemical' untuk kebaikan berikut:-

  1. Menyihatkan jantung
  2. Melawan Kanser Payudara
  3. Mencegah kanser paru-paru
  4. Melambatkan kanser prostat
  5. Mencerdaskan otak bayi yang baru lahir dan kanak-kanak.
  6. Mencegah Osteoathritis
  7. Melindungi Arteri
  8. Mencegah penyakit nyanyuk
  9. Menurunkan kadar Kolesterol dalam badan
  10. Menurunkan dan Menstabilkan tekanan darah
  11. Kesihatan gigi dan mencegah sakit gigi
  12. Merangsang dan menguatkan tenaga batin
  13. Menguatkan sistem pertahanan badan
  14. Menstabilkan paras gula dalam darah
  15. Menguatkan daya ingatan
  16. Menghalang kemasukan virus HIV-1 dan 'microbicide'
  17. mengurangkan batuk dan asma
  18. Melawan sakit gout
  19. Mencantik dan merawat kulit
  20. Mengelak penyakit awal pagi ( Alahan ibu mengandung)
Jika anda ingin memcuba dahulu sebotol  Erarose Delima, anda boleh buat pembelian di website ini.

5 perkara yang buat delima menjadi pilihan anda

Dalam urusan harian, kita sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Kadang-kadang kita tidak mempunyai masa untuk bersenam. Akibatnya kita menjadi stress dan  tahap kesihatan kita menurun.



Disebabkan itu, badan perlukan sesuatu untuk meningkat dan mengekalkan energi pada tahap tertinggi untuk memastikan urusan harian kita tidak terjejas.

Buah Delima memang diperakui mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh manusia. Kandungan

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 perkara yang membuatkan Delima menjadi pilihan utama anda

1. Buah Delima boleh melindungi jantung kita dari penyakit jantung. Menurut kajian yang dibuat oleh Proceedings of the National Academy of Sciences, jus delima dapat mencegah daripada pengerasan arteri, mencegah serangan jantung dan stroke. Buah Delima boleh mencegah pembentukan plak yang menyebabkan arteri tersumbat dan boleh meluruhkan tompokan plak yang terlekat pada dinding arteri.

2.Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser. Khasiat yang terkandung dalam delima, boleh memusnahkan sel-sel kanser payudara dan meninggalkan sel-sel  sehat. Ia juga boleh mencegah pembentukan sel-sel kanser payudara. Selain itu, buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat

3. Boleh mencantikkan kulit. Dalam buah Delima, terdapat sumber asid folat dan antioksidan yang memberi kesan semula jadi kepada kulit. Ianya merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi.

4.Mencerdaskan otak bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Bagi ibu mengandung, pengambilan jus delima, dapat mencerdaskan otak bayi. Kandungan asid folik yang tinggi mencegah daripada kecacatan tiub saraf  yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

5.Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Hasil daripada penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

Buah Delima : Buah dari Syurga

Tahukah anda buah delima ini adalah buah dari Syurga.Dimana di dalam Al Quran, buah delima ini disebut sebanyak tiga kali dengan kalimah bahasa arabnya adalah Ar-Rumman

Berikut adalah 3 ayat firman Allah mengenai buah Delima:-

1.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:

Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.

2.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:


Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)


3.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:


Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)


Cara menggunakan Delima untuk menawar penyakit

Menurut kata Ustaz Sharhan dalam program Tanyalah Ustaz, Tuhan tidak akan menyebut sesuatu benda itu jika ia tidak bermanfaat. Tuhan tidak menyebut sesuatu benda itu jika ia tidak memberi ubat.

Jika anda memiliki penyakit seperti penyakit usus, batu karang atau apa-apa penyakit yang melibatkan benda asign dalam badan, anda boleh mengikut petua berikut.

1. Anda ambil buah delima yang sempurna.Pastikan jika ia mempunyai kelopak yang lengkap,ianya perlu ada 6 kelopak dibahagian atasnya.

2. Kemudian, anda keluarkan segala isi buah tersebut dan yang tinggal adalah kulitnya yang seperti sarang lebah (tempat dimana buah delima duduk).

3. Anda ambil 7 cawan air dan kulit delima. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus kulit tersebut. Sehari 1 biji kulit delima & 7 Cawan air.

4. Ambil air rebusan tersebut dan minum setiap hari selama seminggu.Sebelum minum, anda boleh membaca ayat Al quran mengenai delima iaitu ayat Al-An’am : 99, Ayat Al-An’am : 141 dan Ayat Al-Rahman : 68

Insyaallah, penyakit akan beransur pulih.