Header Pati Delima

Header Pati Delima

5 perkara yang buat delima menjadi pilihan anda

Dalam urusan harian, kita sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Kadang-kadang kita tidak mempunyai masa untuk bersenam. Akibatnya kita menjadi stress dan  tahap kesihatan kita menurun.



Disebabkan itu, badan perlukan sesuatu untuk meningkat dan mengekalkan energi pada tahap tertinggi untuk memastikan urusan harian kita tidak terjejas.

Buah Delima memang diperakui mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh manusia. Kandungan

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 perkara yang membuatkan Delima menjadi pilihan utama anda

1. Buah Delima boleh melindungi jantung kita dari penyakit jantung. Menurut kajian yang dibuat oleh Proceedings of the National Academy of Sciences, jus delima dapat mencegah daripada pengerasan arteri, mencegah serangan jantung dan stroke. Buah Delima boleh mencegah pembentukan plak yang menyebabkan arteri tersumbat dan boleh meluruhkan tompokan plak yang terlekat pada dinding arteri.

2.Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser. Khasiat yang terkandung dalam delima, boleh memusnahkan sel-sel kanser payudara dan meninggalkan sel-sel  sehat. Ia juga boleh mencegah pembentukan sel-sel kanser payudara. Selain itu, buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat

3. Boleh mencantikkan kulit. Dalam buah Delima, terdapat sumber asid folat dan antioksidan yang memberi kesan semula jadi kepada kulit. Ianya merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi.

4.Mencerdaskan otak bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Bagi ibu mengandung, pengambilan jus delima, dapat mencerdaskan otak bayi. Kandungan asid folik yang tinggi mencegah daripada kecacatan tiub saraf  yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

5.Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Hasil daripada penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).