Header Pati Delima

Header Pati Delima

Buah Delima : Buah dari Syurga

Tahukah anda buah delima ini adalah buah dari Syurga.Dimana di dalam Al Quran, buah delima ini disebut sebanyak tiga kali dengan kalimah bahasa arabnya adalah Ar-Rumman

Berikut adalah 3 ayat firman Allah mengenai buah Delima:-

1.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:

Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.

2.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud:


Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. (Al-An’am : 99)


3.Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:


Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas . (Al-An’am : 141)


Cara menggunakan Delima untuk menawar penyakit

Menurut kata Ustaz Sharhan dalam program Tanyalah Ustaz, Tuhan tidak akan menyebut sesuatu benda itu jika ia tidak bermanfaat. Tuhan tidak menyebut sesuatu benda itu jika ia tidak memberi ubat.

Jika anda memiliki penyakit seperti penyakit usus, batu karang atau apa-apa penyakit yang melibatkan benda asign dalam badan, anda boleh mengikut petua berikut.

1. Anda ambil buah delima yang sempurna.Pastikan jika ia mempunyai kelopak yang lengkap,ianya perlu ada 6 kelopak dibahagian atasnya.

2. Kemudian, anda keluarkan segala isi buah tersebut dan yang tinggal adalah kulitnya yang seperti sarang lebah (tempat dimana buah delima duduk).

3. Anda ambil 7 cawan air dan kulit delima. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus kulit tersebut. Sehari 1 biji kulit delima & 7 Cawan air.

4. Ambil air rebusan tersebut dan minum setiap hari selama seminggu.Sebelum minum, anda boleh membaca ayat Al quran mengenai delima iaitu ayat Al-An’am : 99, Ayat Al-An’am : 141 dan Ayat Al-Rahman : 68

Insyaallah, penyakit akan beransur pulih.